"Kebahangiaan"

Senin, 17 Oktober 2011



Ada satu kisah yang aku nak share ataupun ceritakan kat korang. Kisah ini aku pernah dengar akak aku sampaikan semasa training beliau, Beautiful Life Coaching. Tapi aku ingat-ingat lupa dan lastly aku berjaya dapatkan petikan cerita tersebut. Ambillah pengajaran dan fikirkan bersama  :)


Konon pada suatu waktu Allah memanggil tiga malaikatnya. Sambil memperlihatkan sesuatu kepada tiga malaikat tersebut, Allah berkata, "Ini namanya kebahagiaan. Ini sangat bernilai, dicari dan diperlukan oleh manusia. Simpanlah di suatu tempat yang manusia susah untuk menemukannya. Jangan ditempat yang terlalu mudah agar nanti tidak disia-siakannya. Tetapi jangan pula ditempat yang terlalu susah sehingga tidak bisa ditemukan. Dan yang penting, letakkan kebahagiaan itu di tempat yang bersih".

Kemudian turunlah tiga malaikat itu ke bumi untuk meletakkan kebahagiaan tersebut. Tetapi dimanakah mereka meletakkannya? Malaikat pertama mencadangkan, "Letakkanlah dipuncak gunung yang tinggi". Tetapi dua malaikat yang lain tidak setuju. Lalu malaikat kedua berkata, "Letakkan di dasar samudera yang dalam". Usul itupun tidak dipersetujui. Akhirnya malaikat ketiga membisikkan usulnya kepada kedua malaikat lainnya. Ketiga-tiga malaikat itu mengangguk tanda setuju. Malam itu juga ketika semua orang sedang tidur nyenyak, ketiga-tiga malaikat itu meletakkan kebahagaiaan di tempat yang telah mereka sepakati.

             
                                          
Sejak hari itu, kebahagiaan untuk manusia tersimpan rapi ditempatnya. Rupanya tempat itu cukup susah ditemukan. Hari demi hari, tahun demi tahun, manusia terus mencarinya. Semua manusia tidak terkecuali, ingin menemukan apa yang disebut kebahagiaan itu, dengan pelbagai cara dan upaya, bahkan rela mengorbankan harta, harga diri dan kehormatannya hanya sekedar untuk mendapatkan kebahagiaan itu.

Ce teka, ce teka. Di mana letaknya kebahagiaan itu?

Hehe. Tiada tempat yang paling sesuai, sudah tentu tempatnya ada di dalam hati yang bersih!  :)


Jadi apa pengajaran yang kita dapat dari cerita ini, meh tinggal komen sikit. Apa yang korang rasa dan fikirkan sekarang. Kot tak faham boleh tanya. Ayuh sama-sama cari dimana kebahagiaan jom!



-'''''''?????????  

0 komentar:

Posting Komentar