GERBANG BAHAGIA

Senin, 17 Oktober 2011

Kata William Bennett, "Kebahagiaan itu seperti kucing, jika didekati dan dipanggil akan menghindar, tetapi ketika diusik, kucing itu akan datang menggeselkan badannya ke kaki dan melompat kepangkuan kita".

Kata Eric Hoffer, "Mengejar kebahagiaan adalah salah satu sumber ketidakbahagiaan."

Ianya seperti kisah seorang budak yang berkata ketika dia mengambil PMR, "Aku akan gembira dan bahagia apabila aku lulus PMR dengan cemerlang". Dan ketika dia berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, dia berkata, "Aku akan bahagia apabila aku cemerlang dalam SPM". Demikian seterusnya ketika dia berjaya lulus Degree dan menjawat jawatan tinggi dan harta yang banyak, tetap saja dia masih tidak dapat menikmati hidup yang sesuai dengan harapan atau keinginannya.




Biarpun selepas dia bertemu dengan cinta sejatinya dan menikah serta mempunyai anak, dia berkata lagi kepada dirinya, bahawa dia baru akan dapat menikmati hidup bahagia apabila dia berjaya membesarkan anak-anaknya. Tetapi sebelum dia berjaya membesarkan anak-anaknya, dia meninggal dunia kerana mengalami kemalangan. Akhirnya dia mati tanpa dapat apa yang dia inginkan dalam kehidupannya. Dahsyat! Kalau kebahagiaan di ukur dengan ukuran duniawi (kebahagiaan luaran), yang kemungkinan tidak dapat menikmatinya.

Ramai orang tidak menyedari bahawa kebahagiaan itu dapat ditemukan di dalam diri peribadi seseorang. Manusia tidak akan memperoleh kebahagiaan jika dia mencarinya diluar dirinya. Sebab kebahagiaan tu bukan berasal dari fizik, tetapi dari jiwa ataupun roh. Roh atau jiwa yang berasal dari Allah. Roh tidak bersifat fizik atau benda kerana roh tidak boleh diberikan makanan yang bersifat fizik. Jiwa atau roh tidak boleh diberikan makanan seperti sex, minuman keras, dadah, makanan dan minuman fizik yang lainnya. Roh juga tidak mahu dengan hal-hal yang bersifat material seperti duit, rumah, kereta dan sebagainya.

Kebahagiaan yang ada dalam diri seseorang, tepatnya di dalam jiwa adalah kebahagiaan dalaman. Kalau nak  mendapatkan kebahagiaan ini, seseorang itu haruslah mengalami suatu proses pencarian yang panjang. Dalam menempuh proses itu terdapat pasang-surut yang mewarnai kehidupan. William Shakespeare berkata bahawa, "Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan kepahitan".






Kebahagiaan tidak dapat diukur dan hanya dapat dirasai. Apabila seseorang berjaya merasakan kebahagiaan dalaman, maka dia akan sentiasa merasa bahagia dalam hidupnya walau bagaimanapun situasinya. Kebahagiaan dalaman ini boleh tercapai apabila seseorang itu selalu merasakan ketenangan, kedamaian dan gembira dalam segala situasi. Dia juga selalu dapat menerima kenyataan hidup dengan besar hati dan menanganinya dengan tenang dan matang. Ketika mendapatkan kejayaan, dia sedar bahawa kejayaan itu hanyalah sementara, dan dia tidak terlalu gembira sehingga lupa diri.

Kata Thomas Merton, "Kebahagiaan itu dimulai ketika cita-cita berakhir". Kebahagiaan itu tiada ketika seseorang sedang bercita-cita. Macam mana orang tu boleh bahagia kalau dalam fikirannya selalu ada cita-cita ataupun keinginan yang melampau. Benda macam ni hanya akan menyebabkan kita tidak jujur/ikhlas dalam bekerja, yang pada akhirnya akan menciptakan egoisme. Kata Tolstoy, "Egoisme itulah yang bertanggungjawab diatas kegagalan manusia dalam mencari kebahagiaan".

George Sand menyatakan bahawa, "Hanya ada satu kebahagiaan hidup, iaitu mengasihi dan dikasihi". Kebahagiaan yang sebenarnya tidak dapat diukur dari seberapa besar erti sebuah benda. Tetapi kebahagiaan yang lahir dari jiwa, tertanam dalam hati, dan ketulusan untuk menyayangi diri sendiri, orang tua, sesama serta alam, akan turut dapt dirasai oelh orang lain. Kebahagiaan seperti ini sulit diungkapkan dengan kata-kata. Prof. Fuad Hasan mengaku tidak dapat menerangkan mengapa beliau menangis di depan Ka'bah, kerana kebahagiaan yang beliau alami berdimensi vertikal, bernuansa spiritual, bukan prestasi atau material.

Ramai pengantin menitiskan air mata ketika akad nikah, demikian juga orang tuanya, tetapi mereka tidak dapat menerangkan anatomi perasaan bahagianya. Air mata kebahagiaanlah yang akan wujud kerana tidak mampu untuk mengungkap rasa bahagia tersebut.

Mari kita cari, gali dan temukan kebahagiaan dalam diri kita sendiri. Jangan selalu mencari kebahagiaan luaran/duniawi, kerana kebahagiaan seperti itu sangatlah sementara.

0 komentar:

Posting Komentar