Tengok Dulu Diri Sendiri

Senin, 17 Oktober 2011

Cool. Jangan kerana tajuk, korang emosi okay. Tapi sebenarnya ramai orang macam ni kan? Sukati sesedap hati kutuk/burukkan orang lain. Hape dia hengat ini dunia dia sorang yang bagus? What the prada okay. Sebelum masuk dalam soal ini, kita tengok dulu diri kita. Kita pun sama yee tak selalu burukkan orang, macam lah kita ni bagussss sangat nak burukkan orang. Haha! Kan dah makan diri  :)


Sama lah situasi sekarang ni, aku nak timbulkan isu ni dan macam lah aku bagus sangat tak pernah burukkan orang lain kan? Harus pernah tapi tu laa, aku minta maaf kat orang-orang yang berkaitan dan mari kita muhasabah sikit diri kita. Asyik nak tunjuk kesalahan orang, sampai bila kan? Dan bila pula kita nak mengaku salah kita. Inilah manusia. Terlalu ramai yang berpura-pura.





Haaaa hamek kau! Contoh terbaik macam ni laa, asyik nak cakap orang lain tak cantik kan. Macam lah kita ni cantik sangat. Dan kalau lah kau kutuk orang lain tak cantik, itu takkan membuatkan kau bertambah cantik pun. Hadoiiiii inilah manusia. Hati penuh dengan rasa dengki. Hape nak jadi ni wei?


Okay muhasabah kembali. Allah berikan kita dua mata untuk melihat. Bukan untuk melihat keburukan yang ada pada orang lain wahai sahabatku semua, tapi Allah beri kita mata supaya melihat keindahan alam yang Dia ciptakan. Keindahan alam itu termasuklah pokok, haiwan, langit dan kawan-kawan korang.

Katakanlah, korang tengok muka kawan korang dan tak jumpa keindahan diwajahnya. Lihat pula bagaimana keindahan hatinya. Dan jika korang tak jumpa apa-apa keindahan padanya, bukan sebab dia buruk/jelek. Tapi lihat pula pada diri korang sendiri. Boleh jadi kita yang buruk sebenarnya, sehingga tidak jumpa keindahan dan kecantikan pada orang lain.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu. Kan?  ;)

Banyakkan muhasabah diri sebelum mulut kita tu main sedap je mengata orang yang tidak tidak. Allah bagi mulut untuk kita sentiasa memuji keindahan ciptaanNya, membaca al-quran dan berzikir. Tapi kita pula seringkali menggunakan mulut kita untuk mengutuk, mengata, mengeji dan memperlekeh yang lain.


Itu contoh dua nikmat yang Allah bagi tapi kita telah salah guna. Macam mana dengan nikmat-nikmat yang lain? Fikir-fikirkan  :)



Niat tu kena betul yaa kawan-kawan. Jangan pula salah berniat, contohnya "ishhh dia tu sosial betul laa, ini aku cakap ni adalah kerana Allah". Memang kepala hangguk lah kan. HAHA!


Lagi satu contoh: Korang tengok video dan orang tu melakukan aksi-aksi yang tak sepatutnya dan ditayangkan kepada umum, tak kira lah secara suka-suka ataupun terkantoi video tersebut. Tapi hengat sikit ya kawan-kawan, mulut tu jaga jangan nak kata konon-konon kau baik yaa. Sedap hati je kutuk orang dalam video tu, even kau memang tak pernah buat pun. Kerana Allah tahu apa diri kau yang sebenarnya  :)

0 komentar:

Posting Komentar